MENCARI YANG HALAL ADALAH FARDU BAGI SETIAP MUSLIM!
Rujuk nombor di GAMBAR untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:
Rujuk nombor di GAMBAR untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:
- Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.
- Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??
- Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.
- Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.
- Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.
- Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.
- Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.
- Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.
- Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.
- Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.
- Roti. Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.
- Peluru. Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.
- Ubat berbentuk tablet. Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran tablet untuk menjadikannya lebih keras.
- Serbuk pencuci. Asid lemak untuk menguatkan campuran bahan kimia.
- Cat. Asid lemak digunakan untuk menjadikan cat berkilat.
- Tamborine. Dibuat daripada pundi kencing babi. Tak sangka alat muzik pun dibuat dari babi. Astaghfirullah..
- Arak. Gelatin digunakan sebagai campuran di dalam arak untuk menjernihkan air.
- Kertas. Gelatin tulang digunakan untuk mengeraskan kertas dan mengurangkan kelembapannya.
- Heparin. Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah, ia diambil dari mukus yang terdapat di dalam usus babi.
- Sabun. Asid lemak dari tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan perwarna.
- Gabus. Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.
- Insulin. Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.
- Yogurt. Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam sesetengah yogurt.
- ROKOK. Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter yang bertindak sebagai paru-paru tiruan.
- Filem fotografi. Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.
- Makanan anjing. Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.
- Terapi Photdynamic. Hemoglobin darah babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.
- Pelembap. Asid lemak daripada tulang digunakan sebagai bahan campuran di dalam pelembap.
- Snek anjing. Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.
- Karyon. Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.
- Kasut. Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti struktur kulit.
- Brek kereta api. Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.
- Ubat gigi. Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat gigi yang halus.
- Gam kayu. Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasaskan kayu dihasilkan daripada kolagen.
- Topeng muka kosmetik. Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.
- Sumber tenaga alternatif. Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
- Makanan tenaga. Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.
- Krim keju. Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.
- Krim putar. Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.
- Pemanis. Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liqourice, arak, gula, dan gula getah.
INFO DARI SINI
kenapa perkataan ROKOK di high light?
hehe .pahampaham la yee :p
0 yang membebel:
Post a Comment